9.22.2009

Hari Raya kami...

Raya pertama seperti tahun-tahun sebelumnya (kecuali tahun lepas sbb kedutaan tak buat and papa2H keje di hari raya!) kami ke Kedutaan Malaysia di Shibuya...lepas tu ke kediaman serbu open house staff kedutaan..time nih la nak jumpa kawan2, nak kenal2 org, nak tanya itu ini..hehe..
Tahun nih seronok borak2 dan makan2 sebab tak ramai org sangat, ramai student balik beraya di Malaysia sebab skrg tgh cuti musim panas(2 bln okeh! syoknyer la time student dulu!)
Apa-apa pun terima kasih buat Kedutaan Malaysia dan staff2 yang sudi menerima kehadiran kami, tak boleh bayang macam mana depa bole masak utk beratus2 orang..huhu..
kalau aku ler mau pengsan! Tahun lepas masa buat bday Hafiy tu pon dalam 50-60 orang jek, tapi abis jek party 2 hari aku demam! Hahahaha

Piccas nanti2lah tgh mode malas terbongkang kekenyangan! ;p

9.20.2009

Eid Mubarak!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua...
Dipohon kemaafan andai ada salah dan silap tutur bicara, samada dia alam nyata mahupun di alam maya...sekiranya ada sebarang perlakuan yang mengguris hati, secara sengaja atau tidak, terlepas cakap terover kata-kata...sesungguhnya aku tak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa, semuanya tu amat ku kesali...
Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna, membawa perubahan ke arah yang lebih baik dan kegembiraan kepada semua.

Salam Tulus Ikhlas;
Papa2H, Mommy2H aka Nor, 2H ~ Hafiy & Halqy