1.01.2021

Sticky Post : About this blog

This blog is where yours truly writes her heart out. Everything here is totally about her clueless life. Anything that got to do with her kids and home preSchooling is in her HS blog - Our Life in Bits and Pieces
Please come and visit!(we got forum- full with free resources and web store too!) But I must admit that I stopped HS since I came back to Malaysia, perhaps one fine day...InsyaAllah

3.27.2013

WW


Rasanya nnt bilik anak2 yang akan siap dulu...area lain tahun depan pun xpe...hehe

Perfect Livin' 2013



  • When : April 4 at 10:00am until April 7 at 9:00pm 
  • Where : Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur 
  • Website : http://www.perfectlivin.com/2013/

Bigger, Better and Bolder, Perfect Livin ’13, Malaysia’s most exciting as well as the nation’s largest one-stop home and lifestyle exhibition is back! The show promises to be yet another mind blowing shopping extravaganza, especially for home owners looking to inject some ‘Zzing’ into their homes.

3.19.2013

Faucet aka paip sinki dapur murah

This is the most famous modern design kitchen faucet, kiranya yang paling latest dan trend ramai orang pakai sekarang la (mengikut surey bloghooping yours truly :p) Suka tak? Suka tak? Ngehngehngeh...
As for me, I opted for different style (sila baca entry sebelum ini) Salah satunya sebab yang jenis ni mahal...rega dia ada la dalam RM800-1000 gitu, kalau murah2 pun dapat masa promo kat Homedec ker apa2 fair ker, mungkin boleh dalam dalam RM600-700. My friend beli last year kat HomeDec RM600 tapi setahun ooo dia simpan, nak masuk rumah tahun nih...cekal betul!hehe Anyway, I came across this website ada jual faucet ini dengan harga yang berpatutan. Nama kedai dia Aldeco Living. Boleh tgk sini yer puan2 untuk faucet idaman kalbu anda iteww...Baru RM620.00 sahaja...boleh beli bila2 masa je takyah tunggu Homedec. Termasuk postage ke idak tu, tak tahu sebab tak beli...nak review service or rekomen pun tak boleh sbb tak guna pun perkhidmatan mereka ini...Mak enchik dah beli dah paip aritu, buat apa nk banyak2...lagipun dapur saya kecik sahaja, pada pengamatan saya agak kureng sesuai untuk guna yang gabak2 gini, semak..makanya kita gunakan sahaja yang kecik tapi ada function yang sama (ecehhh, ayat penyedap ati kerrrr? huhu) So tunggu apa lagi, place your order (ngehngeh..hasutan ni, sila jangan dengar!)

3.14.2013

Kids Room : The Dilemma

I'm planning to do make over to the kids room in our new house. My inspiration is something like this...
Ok..tipu..mmg nak buat sebijik macam nih! ngehngehngehhhhhh But the dilemma is....i forgot that my 1st born-child is ALLLLLL GROWN-UP! He's turning 8 yrs old this year and he prefers something "like grown-up's" thingies rather than what I had in mind! Duhhhhhhh...there goes my plan! Dah la dah beli itu KURA bed! But on the other hand, his younger brother loves the idea *smile* and because of the fact that they MUST share the room, si abang pun mengalah... Poor thing! (Yeay! dalam hati..kihkihkih) Thank you IKEA Hacker for the idea *grin*mak dia yang melebih excited sebenarnya*

3.13.2013

Wordless Wednesday

Can't wait!

3.09.2013

Sale di Globe by Sarah Hughes

Misi pencarian langsir masih diteruskan bagi tingkap2 yang masih belum ada kain. Tapi haruss la mencari yang murah sajer sbb tingkap yang tak kritikal spt tingkap bilik tetamu, bilik maid etc. Bila baca kat blog Moon tentang sale dekat Globe by Sarah Hughes ni, dengan offer yang menarik iaitu flat price RM9 semeter bagi semua jenis kain, ofkos la tak melepaskan peluang kan...cuma kami pergi dah lambat byk kain yg cantik2 dah abis. Ada yang diaorg dah simpan kat warehouse sbb nak renovation. So tak byk pilihan la, tpbagus juga kalau tak lg byk la damage done. So, inilah hasil tangkapan. Ada yg RM5 semeter dan ada yang RM9 semeter. Bidang 60 dan 120. Mmg best sbb takyah beli byk kain sbb bidang besar. Just bawak ukuran tingkap nanti dia kirakan berapa kain yang perlu. Pastu sbb clearance stock kan, mmg dia kasik lebih2. I beli 4 meter, dia kasi sampai 5 meter. *grinfromeartoear* Kain mmg berkualiti, untuk kain langsir mmg jenis tebal dan berat, sure jatuh cantik je nanti. Untuk kain cadar pulak lembut je, bidang 120 tu (yang corak circus utk bilik anak2), so semeter or 1.5 meter dah cukup utk katil single.
So,apa lagi cepat terjah Globe kat Jalan Tar nun, sale smpi 20 Mac je tau...lps tu level 4&5 tu tutup sebab nak renovate. Happy shopping everybody! P/s : blogging pakai tab tak best, nnt kena edit blk n3 nih...

3.05.2013

Perihal Kitchen Faucet

Sedihnyerrr!!!! Apek kedai Sek.7 tu dah jual kitchen sink faucet idaman kalbu yang i suruh dia simpankan hari tu.... My mistake jugak tak amek awal2, deposit pun tak letak..just cakap gitu gitu je kat apek tu, so bila ada orang lain nak beli dia jual je la...business maaaaa....sob sob...owh sedihnyer... Kitchen sink faucet yang i nak tu jenis pull-out spray, kiranya dia boleh tarik panjang2 ala2 shower gitu...in my opinion, sgt praktikal la senang nanti nak basuh sink, nak basuh periuk..nak mandi anak ke (eh?) hehhehe...secara realitinya mmg masa budak2 2H berdua tu kecik dulu i mandikan dalam sink dapur jek...selalunya time winter la...sejukkkk oooo nak masuk bathroom!
I dah menung dah kat kedai apek tadi, agaknya dia kesiankan i dia bawak keluar satu lagi sink faucet yang sama function tapi rupa lain la..brand pun lain. Dia offer yang tu. mula2 ala2 tak nak la jugak sebab tak cantik, brand pun ntah apa2, yang mula2 tu brand tiscali kot...tapi bila fikir2 balik mana nak cari lagi, plus dia bagi diskaun lagi dari harga aritu i pun grab je la...but still sedih sbb itu bukan pilihan asal... Balik tunjuk Encik Suami dia pun cakap kurang lawa banding yang mula2 tu tapi nak buat macam mana kan? Redho je la, ni je rezeki kami :)
Pengajarannya, kalau dah berkenan tu rembat je la! Takyah tangguh2 lagi!

3.04.2013

Curtain hunting

Peristiwa sabtu lalu jugak, pergi Jakel Shah Alam sebab tgh sale sekarang...asalnya nak tengok2 jek curtain tapi sebab dah terlampau lama duduk memilih kat situ I order la jugak, dah ada kain yang berkenan kan... Terberkenan curtain color turqoise + brown, dah book dah cuma masalahnya takde idea untuk design curtain lagi...yang ni untuk living. For kid's room and master bedroom dah decide jahit french pleat biasa je...kain dah cukup comel tak perlu la nk design2 lagi (eccceeeh!) I ingat nk buat macam nih, okay tak? Tapi coraknya bukan corak damask la, corak bunga...
Tak pun macam ni, tapi terbalikkan design corak dengan design plain tu la..design corak yang banyak.
I prefer simple design jek, taknak ada ropol2 bagai..serabut sbb langsir dah corak bunga2 gitu...What do you think? Masih ada masa nak ubah lagi, lepas dia datang ukur nnt kita pergi lagi sekali confirmkan kain semua, then dia kira balik - tawar menawar lagi - baru la confirm price...kalau mahal sgt i forgo je la, just amek untuk bilik anak2 n master bedroom sbb suka sangat kain dia, jenis shutout lembut, buat selimut pun sedap tapi design sgt modern, ala2 kain Ikea gitu..murah pun murah sbb org Jakel tu kata staff dia sudah salah tulis 50% off padahal tu kain latest design...so without hesitation, I rembat je la (kalau dia tipu, padan muka aku!) Haishhh, penat betul la dengan persiapan nak masuk rumah nih, kepala pun pening...survey sana sini, carik info komen/feedback dari bloggers/forumers yang review tentang kontraktor la, kedai murah la..last2 i yang pening sendiri! Tapi apa pun, benda nak pakai lama (ntah2 seumur hidup..hehe..knowing me, I mmg bukan jenis rajin sgt bab2 rumah ni..so once for all) so kena la buat sehabis baik untuk starting point ni kan? (ker ini ayat penyedap hati? hukhuk) P/S : Image ikhsan dari google image yer ;)

3.03.2013

Fagor Warehouse Sale

Ever since dapat kunci hari tu, siang malam asyik fikir pasal persediaan untuk masuk rumah baru. We have to start from scratch sbb sejak balik ke Malaysia, kami memang menyewa rumah fully furnished, makanya bila nak masuk rumah sendiri ni, mmg mcm org baru kahwin la (padahal anak nk masuk 3 dah!). So, last Saturday we went to FAGOR Warehouse Sale 2013. This event is an annual event, so next year ada lagi, u guys don't worry yer kalau terlepas. I stumbled upon this ad pun dari shoppingandsales.com, kalau tak, mmg tak tahu pun kewujudan sale sebegini.
Overall, memang worth buying. Hood+hob+build-in oven costs me around RM1700 sahaja! Seriously very cheap! Kalau nak ikutkan, harga untuk build-in oven tu jer dah RM1k+, tak kira hood untuk suction 1000m3 above and hob with 4 burner. Saya sangat berpuas hati meskipun terpaksa gagahkan diri membawa perut yg dah sarat dengan 2 kanak-kanak ribena ke kilang FAGOR tu. Terima kasih sangat2 kepada Encik Suami kerana memahami isterinya yang nak benda berkualiti, ada brand tapi murah...hehehe.. Beberapa gambar di temapt kejadian, malas nak amek banyak2 sbb kepenatan dan kepanasan!
Satu-satunya benda yang bukan keperluan tetapi lebih kepada kehendak ialah sink ini.
Yes, I made my mind on this ever since I came back to Malaysia. I still can't really tolarate dengan size sink yang kecil di sini, mmg la banyak rumah (2 je rumah sewa yang baru duduk, tp my sis house pun sama jugak) buat double sink, tp ntah kenapa I don't like it. Terasa susah nk basuk periuk belanga. I want a big and deep sink just like what I had before in my house in Japan. Tapiiiiiii, still murah banding dengan harga yang apek kedai seksyen 7 tu kasi, murah dekat RM200 kot...and I pun ada survey ¥2 jugak mmg harga dia agak mahal banding sink biasa so walaupun harga kat warehouse ni takde la murah sangat2 tapi I amek jugak sebab I WANT IT! tak kira! hehehe..mangsanya ialah Encik Suami la, pening dia...tapi dia kasik green light jugak la sbb I cakap kalau dia tak beli yang nih I still gonna buy the one from apek seksyen 7 tuh..ahahahaha..Luv u dear, I promise I akan masak sedap2 dan lebih rajin basuh pinggan lepas nih :p